Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah Di Malaysia

Abstrak: Kertas ini menjelaskan dapatan daripada kajian pembangunan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar dan mempunyai tahap kualiti tinggi berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Dapatan data Fasa Analisis menunjukkan semua (100 peratus) pelabur dan pakar bersetuju bahawa panduan pelaburan emas dalam bentuk instrumen sangat diperlukan. Semua responden pakar juga bersetuju bahawa panduan tersebut perlu mempunyai tiga dimensi, iaitu (i) pelabur dan institusi pelaburan; (ii) barang dan harga; dan (iii) akad tawaran. Kriteria bagi panduan tersebut adalah berdasarkan dua teori transaksi emas, iaitu kriteria umum dalam syarat al-bay’ dan kriteria khusus dalam bay’al-sarf. Dapatan data pada Fasa Reka Bentuk pula menunjukkan semua (100 peratus) pakar Delphi bersetuju dengan ketiga-tiga dimensi tersebut. Dapatan fasa ini juga menunjukkan kesepakatan yang tinggi dalam kalangan mereka untuk bersetuju menerima 33 item dengan skor median adalah 4 dan JAK antara 0.00 hingga 1.00. Skor ini disokong oleh analisis FDM yang menunjukkan nilai threshold (d ≤ 0.2) serta peratusan kesepakatan pakar ( ≥75%). Dapatan data pada Fasa Penilaian menunjukkan terdapat satu item telah digugurkan pada kajian rintis kerana tidak sepadan (misfit) dengan nilai PTMEA CORR negatif (-0.17logit) dan berada di luar sempadan yang ditetapkan (outfitz-std=2.9). Kajian tinjauan sebenar telah mengekalkan 32 item kerana mempunyai ciri kesahan yang baik bagi setiap item dan person (nilai kebolehpercayaan item: 0.94; kebolehpercayaan person: 0.94; PTMEA CORR item yang positif; infit MNSQ item=0.44-1.66logit; and z-std > -/+2). Profil pelaburan emas menunjukkan majoriti institusi pelaburan emas tidak patuh syariah dengan hanya 7.5 peratus yang mempunyai komitmen tinggi untuk mematuhi kriterianya dan terdapat dua item (6.25%) yang sukar dipatuhi kerana berada di atas mean person. Akhirnya, kajian ini berjaya menghasilkan panduan pelaburan emas secara syariah berkualiti tinggi serta memberi implikasi penambahbaikan kepada Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakui pihak kerajaan dan rujukan masyarakat.

Dapatan Kajian Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah Di Malaysia

Najahudin Lateh

Universiti Teknologi MARA

Keyword: emas, patuh syariah, pelaburan

1. PENDAHULUAN

Kajian ini dilakukan hasil daripada isu dan permasalahan berkaitan amalan pelaburan emas dalam kalangan masyarakat serta kepatuhannya kepada hukum syariah. Permasalahan tersebut adalah ketidakrangkuman kajian spesifik tentang panduan pelaburan emas yang melibatkan kesepakatan pakar muamalat serta kekurangan panduan pelaburan emas syariah yang secara empirikal mempunyai tahap kualiti yang tinggi sebagai panduan umat Islam. Permasalahan tersebut turut menimbulkan persoalan apakah kriteria bagi panduan tersebut serta bagaimanakah bentuknya yang disepakati oleh pakar muamalat. Persoalan juga timbul tentang sejauh manakah tahap kualiti panduan yang dibina tersebut sebagai alat pengukuran pematuhan syariah dalam pelaburan emas di Malaysia.

Oleh itu, tujuan  utama  kajian  ini  adalah  untuk  membangunkan  panduan bernama Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS)  yang mempunyai tahap kualiti yang tinggi melalui tiga objektif, iaitu (i) mengenal pasti kriteria yang diperlukan sebagai kontruk instrumen, (ii) mendapatkan kesepakatan pakar serta (iii) menilai kualiti instrumen tersebut.

2. METODOLOGI

Kajian ini berbentuk mix method (kaedah campuran) kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan kaedah triangulasi data untuk menjawab tiga persoalan kajian yang ditetapkan. Kajian kualitatif dilakukan melalui metode dokumentasi dan instrumen temu bual, sementara kajian kuantitatif menggunakan set soal selidik pada kajian Teknik Delphi (TD), rintis dan tinjauan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif serta menggunakan analisis statistik deskriptif, Fuzzy Delphi Method (FDM) dan model Rasch.

Kajian ini dilaksanakan menggunakan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan (DDR) (Richey & Klein, 2007) berdasarkan permasalahan, persoalan dan objektif seperti ditunjukkan pada Jadual 1.

Jadual 1: Ringkasan reka bentuk kajian berdasarkan tujuan penyelidikan

Permasalahan kajianPersoalan kajianObjektif kajianKerangka teori kajianReka bentuk kajian
Ketidakrangkuman kajian spesifik tentang kriteria pelaburan emas secara syariahApakah kriteria yang diperlukan untuk membina panduan pelaburan emas secara syariah?           Mengenal pasti kriteria yang diperlukan dalam pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah.Teori Rukun Akad (TRA), Teori Syarat al-Bay’ (TSB), Teori Bay’ al-Sarf (TBS)Analisis
Ketidaksepakatan ulama tentang hukum-hakam transaksi emasBagaimanakah bentuk Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati oleh pakar muamalat?Membangunkan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar muamalat.Teori al-ijma’  Reka Bentuk
Pembuktian panduan pelaburan emas secara empirikal berkualiti tinggiSejauh manakah tahap kualiti Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) sebagai alat pengukuran pematuhan syariah dalam pelaburan emas di Malaysia?Menilai tahap kualiti Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) berdasarkan pelaburan emas di Malaysia.Teori respons itemPenilaian

Fasa 1 ialah analisis kajian keperluan terhadap panduan PEPS serta bentuk kriteria bagi dimensi dan itemnya. Data dikutip melalui kajian deskriptif terhadap literatur lepas serta soal selidik terhadap 56 orang pelabur emas dan temu bual bersama tiga orang pakar muamalat Islam. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan nilai peratusan dan penelitian terhadap transkrip temu bual. Fasa 2 merupakan proses mendapatkan kesepakatan pakar terhadap kontruk PEPS yang telah dikenal pasti. Data diperoleh melalui soal selidik menggunakan TD melibatkan 13 orang pakar sebanyak dua pusingan. Analisis data dilakukan menggunakan kaedah TD klasik berdasarkan UKB melalui nilai median dan JAK serta kaedah FDM.

Fasa 3 pula ialah kajian penilaian terhadap kualiti instrumen PEPS yang telah dibangunkan untuk mengukur kepatuhan syariah pelaburan emas di Malaysia. Data dikutip daripada 27 orang responden kajian rintis dan 40 responden kajian tinjauan sebenar yang terdiri daripada pelabur dan institusi pelaburan emas. Analisis kedua-dua data tersebut dilakukan menggunakan model pengukuran Rasch. Tahap kualiti instrumen tersebut dinilai dari aspek kesahannya meliputi kebolehpercayaan, kalibrasi skala pemeringkatan, unidimensi, polariti item, kesepadanan dan kebezaan kefungsian item. Selain itu profil PEPS di Malaysia juga dibentuk menggunakan model pengukuran tersebut. Ringkasan metodologi kajian berpandukan pendekatan DDR ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Ringkasan metodologi berdasarkan kajian DDR

Reka bentuk kajianPengumpulan dataInstrumen kajianSampel kajianAnalisis data
Analisis  Kajian LiteraturDokumentasi–  Analisis deskriptif
Kajian KeperluanTemu bual berstruktur3 pakar muamalatAnalisis deskriptif
Kajian KeperluanSoal selidik (Aneka pilihan)56 pelabur emasFrekuensi Peratusan
Reka Bentuk2 pusingan Teknik DelphiSoal  selidik (Skala Likert 4-poin)13 pakar muamalatMod, Median dan Julat Antara Kuartal Fuzzy Delphi Method
PenilaianKajian RintisSoal  selidik (Skala Likert 4-poin)27 pelabur emasModel Pengukuran Rasch
Kajian TinjauanSoal  selidik (Skala Likert 4-poin)40 pelabur dan institusi pelaburan emasModel Pengukuran Rasch

Setiap instrumen soal selidik yang digunakan dipastikan mempunyai indeks kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian rintis turut dilakukan pada data Fasa Penilaian sebelum kajian tinjauan sebenar dilakukan. Proses terakhir kajian ini menemukan tiga dimensi dan 32 item. Jumlah dimensi sebanyak tiga ditetapkan oleh pengkaji mengikut kajian literatur dan dipersetujui oleh tiga orang pakar yang ditemu bual serta 13 peserta TD. Namun, jumlah item mengalami perubahan hasil semakan pada setiap fasa seperti ditunjukkan pada Jadual 3.

Jadual 3: Jumlah item mengikut fasa kajian

Fasa KajianJumlah Item AwalKaedah SemakanJumlah Item AkhirHasil
Analisis–   32Kajian literatur (Penyelidik)   Semakan pakar (3 orang)32   34    Item B05 dan B15 ditambah.
Reka Bentuk34Teknik Delphi (13 pakar)33Item B05 dan B15 digugurkan. Item C11 ditambah.
Penilaian33Analisis Model Rasch (Kajian rintis)32Item A03 digugurkan.

3. DAPATAN FASA ANALISIS

Pembangunan iPEPS dimulakan pada peringkat Fasa Analisis bagi mengenal pasti kriteria panduan patuh syariah komprehensif yang diperlukan dalam pelaburan emas. Dapatan kajian membuktikan 100 peratus pelabur emas sangat memerlukan suatu panduan untuk memilih pelaburan emas yang menepati kehendak syariah. Panduan tersebut diperlukan untuk membantu mereka memilih produk yang betul dan berkat serta memastikan pelaburan mereka adalah halal. Reka bentuk panduan yang diperlukan ialah berbentuk suatu instrumen yang dapat menilai kepatuhan syariah pelaburan emas ditawarkan oleh institusi pelaburan. Panduan tersebut perlu bersifat ringkas, ayatnya boleh difahami dan boleh diaplikasikan oleh semua pihak termasuk oleh orang awam.

Dapatan ini sejajar dengan perintah al-Quran supaya mukmin mematuhi hukum Islam secara syumul dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT:

$yg•ƒr’¯»tƒ šúïÏ%©!$# (#qãZtB#uä (#qè=äz÷Š$# ’Îû ÉOù=Åb¡9$# Zp©ù!$Ÿ2 Ÿwur (#qãèÎ6®Ks? ÅVºuqäÜäz Ç`»sÜø‹¤±9$# 4 ¼çm¯RÎ) öNà6s9 Ar߉tã ×ûüÎ7•B ÇËÉÑÈ  

Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam Islam (mematuhi hukum-hukumnya) seluruhnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

(al-Baqarah, 2:208)

Selain itu, dapatan kajian ini turut mengukuhkan dapatan kajian oleh Lokmanulhakim et al. (2012) bahawa masyarakat memerlukan panduan tentang perkara tersebut kerana kebanyakan produk pelaburan emas di Malaysia tidak patuh syariah. Hasil analisis juga menunjukkan semua responden termasuk pakar muamalat bersetuju bahawa panduan berbentuk instrumen sebagai alat menilai kepatuhan syariah bagi aktiviti pelaburan emas lebih diperlukan oleh pelabur emas dan masyarakat awam di Malaysia. Dapatan ini agak berbeza dengan kajian Rosnah (2013) yang memperoleh panduan yang diperlukan adalah suatu profil mengandungi senarai amalan terbaik organisasi pembelajaran untuk sekolah Malaysia. Walaupun begitu, dapatan berbeza berlaku atas kebarangkalian faktor sifat kajian dan responden yang berbeza.

Panduan pelaburan emas dibina berdasarkan pandangan literatur lepas dan seterusnya dipersetujui oleh pakar muamalat. Kriterianya dikenal pasti berdasarkan TRA, TSB, TBS di samping penelitian ke atas PPE dan undang-undang di Malaysia yang berkaitan. TRA menghasilkan dimensi bagi panduan tersebut terdiri daripada tiga (3) elemen, iaitu (a) pelabur dan institusi pelaburan; (b) barang dan harga; dan (c) akad tawaran pelaburan. Pemilihan ketiga-tiga dimensi tersebut diakui oleh ketiga-tiga (100%) pakar muamalat yang ditemu bual serta bertepatan dengan pandangan tokoh-tokoh ulama empat mazhab (al-Zuhayli, 1989; Sabiq, 1993) bahawa rukun akad terdiri daripada pihak yang berakad, subjek yang diakad dan sighah akad. Ketiga-tiga rukun ini turut dipersetujui dan diperincikan oleh al-Syarbini (1994) dan al-Khin et al. (1987) meliputi pembeli (بائع) dan penjual (مشتر), iaitu pihak yang berakad, harga (ثمن) dan barang (مثمن) sebagai subjek yang diakad serta penawaran (إيجاب) dan penerimaan (قبول) sebagai sighah akad.

Selain itu, kriteria pelaburan emas dikenal pasti melalui kajian dokumentasi dan analisis deskriptif terhadap kajian-kajian lepas, termasuklah karya ulama silam dan kontemporari. Dokumen berkaitan seperti PPE JAKIM, akta-akta kerajaan serta panduan oleh BNM turut digunakan untuk tujuan tersebut. Hal ini diakui oleh penyelidik lain (Messick, 1995; Wainer & Braun, 1988) sebagai cara meningkatkan kesahan kandungan sesuatu instrumen. Pemilihan item bagi setiap dimensi dibuat dan dianalisis secara meta data. TSB menghasilkan 21 kriteria bagi PEPS sementara TBS menghasilkan enam kriteria. Sebanyak 27 kriteria diperoleh daripada PPE di samping empat kriteria lain yang dikenal pasti berdasarkan akta dalam undang-undang di Malaysia. Dua kriteria kemudiannya ditambah hasil cadangan pakar yang melakukan semakan awal.

Oleh itu, terdapat 34 kriteria telah dikenal pasti bagi setiap dimensi panduan tersebut, iaitu lima kriteria berada di bawah dimensi ‘Pelabur dan institusi pelaburan’, 19 pada dimensi ‘Barang dan harga’ sementara 10 kriteria di bawah dimensi ‘Akad tawaran pelaburan’. Item yang telah dibina di bawah ketiga-tiga dimensi tersebut seterusnya dibuat kajian pada pusingan pertama TD sebagai proses awal untuk mendapatkan kesepakatan pakar. Jadual 4 menunjukkan rumusan sumber kriteria yang dikenal pasti diperlukan bagi pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah.

Jadual 4: Rumusan mengenal pasti kriteria panduan pelaburan emas secara syariah

Dimensi (TRA)ItemSumber Kriteria
PPETSBTBSUndang-undangPakar Penilai
PIPA01 TSB (U01/14) AK1950 AUD1971 
A02 TSB (U02/14) AK1950 AUD1971 
A03PPE No.2 (b)TSB (U03/14)   
A04   ABN 2009 AS 1965 
A05   IFSA 2013 
BDHB01PPE No.4TSB (U04/14)   
B02PPE No.4TSB (U05/14)   
B03PPE No.5TSB (U06/14)   
B04PPE No.6TSB (U09/14)   
B05    
B06PPE No.6 (c)TSB (U10/14)   
B07PPE No.6 (c)TSB (U11/14)   
B08PPE No.6 (c)TSB (U12/14)   
B09PPE No.6 (c)TSB (U13/14)   
B10PPE No.10 (b), 15TSB (U14/14)   
B11PPE No.10 (a) TBS (K03/06)  
B12PPE No.13 (b)TSB (U07/14)   
B13PPE No.20TSB (U08/14)   
B14PPE No.3TSB (U16/14)   
B15    
B16PPE No.12, 15,16TSB (U15/14)   
B17PPE No.10 (a) TBS (K04/06)  
B18PPE No.12 TBS (K05/06)  
 B19PPE No.22 TBS (K06/06)  
ATPC01PPE No.7TSB (U17/14)   
C02PPE No.14 TBS (K02/06)  
C03PPE No.11TSB (U18/14)   
C04PPE No.4, 20, 21TSB (U19/21)   
C05PPE No.20, 21    
C06PPE No.18    
C07PPE No.20TSB (U20/21)   
C08PPE No.20    
C09PPE No.23TSB (U21/21)   
C10  TBS (K01/06)  

Semua item yang dipilih sebagai kriteria iPEPS tersebut lebih spesifik tentang pelaburan emas berbanding kriteria-kriteria umum badan piawai antarabangsa seperti DJIM, S&P dan MPS SC yang hanya menyentuh status patuh syariah dalam sekuriti pasaran modal. Hal ini turut memenuhi cadangan Ho et al. (2012) supaya suatu piawai yang universal ditetapkan untuk diguna pakai oleh semua pihak kerana wujudnya perbezaan kriteria patuh syariah antara badan-badan piawai tersebut. Secara langsung proses pemilihan item dalam pembangunan iPEPS ini telah mencapai tujuan kajian menambah baik panduan pelaburan emas sedia ada tersebut seperti disyorkan oleh MPS institusi-institusi kewangan Malaysia (JAKIM, 2012c). Pemilihan kriteria iPEPS berdasarkan pembahagian umum dan khusus dalam kajian ini juga bertepatan dengan kajian al-Misri (1999),  al-Kamali (2002), Saddam (2006) dan Lokmanulhakim et al. (2012) yang turut melakukan demikian. Perkara ini disebabkan transaksi emas melibatkan kriteria umum jual beli (al-bay’) dan syarat khusus dalam jual beli mata wang (bay’ al-sarf).

4. DAPATAN FASA PEMBANGUNAN

Pembangunan iPEPS diteruskan pada Fasa Reka Bentuk melalui penglibatan pakar muamalat, iaitu seramai 13 orang peserta TD sebanyak dua pusingan. Bilangan ini bertepatan dengan syor yang dikemukakan oleh Dalkey et al. (1972) serta memenuhi cadangan ramai pengkaji Delphi lain seperti Linstone (1978), Martino (1983), Reid (1988), Delbecq et al. (1975) dan Ziglio (1996) iaitu antara tujuh hingga 15 orang. Fasa ini merupakan pengesahan kepada kriteria PEPS yang dihasilkan pada fasa sebelum ini melalui kajian literatur. Dapatan kajian ini dianalisis melalui statistik deskriptif pada kedua-dua pusingan TD serta disokong oleh data analisis FDM.

Dua item, iaitu B05 dan B15 ditolak pada pusingan kedua TD kerana mempunyai kesepakatan yang tinggi untuk menolaknya dengan nilai JAK (0.00) dan Mdn (2.00). Penolakan ini disokong oleh data FDM yang menunjukkan nilai d threshold kedua-dua item ialah 0.338 dan kesepakatan pakar ialah sebanyak 38 peratus. Item-item lain termasuklah satu item baru (C11) dikekalkan kerana memenuhi syarat nilai d threshold item kurang daripada 0.2 (d≤ 0.2) seperti cadangan Chen (2000) dan Cheng & Lin (2002) serta mempunyai peratus kesepakatan pakar melebihi 75 peratus (≥75%) seperti cadangan Chu & Hwang (2008) dan Murry & Hammons (1995).

Dapatan kajian turut menunjukkan panel pakar TD telah bersepakat untuk menerima ketiga-tiga dimensi bagi iPEPS tanpa sebarang perubahan. Pemakaian ketiga-tiga dimensi iPEPS juga lebih menyeluruh berbanding dokumen patuh syariah sedia ada di Malaysia seperti panduan MPS SC yang hanya berkaitan sekuriti patuh syariah (SC, 2013). Kesepakatan terhadap kriteria item iPEPS pula merangkumi beberapa aspek transaksi semasa yang tidak dinyatakan secara jelas dalam PPE seperti larangan ‘kunci harga’ (lock price) yang tidak boleh dibatalkan, (trade-in) emas lama dengan emas lain dengan berat berlainan serta teknik sewaan emas yang kini ditawarkan dalam pasaran. Sebagai contohnya, kaedah ‘kunci harga’ agak popular dalam pelaburan emas mutakhir ini kerana harga yang dikunci tidak terjejas dengan perubahan naik turun harga emas yang berlaku setiap minit. Namun, kaedah ini biasanya tidak memenuhi kehendak syariah kerana wa’ad (janji) tersebut bersifat telah berlaku kontrak jual beli kerana wajib ditunaikan dan tidak boleh dibatalkan. Penetapan kriteria ini bertepatan dengan kajian Zuhaili & Dahlan (2015) yang mencadangkan wa’ad melalui ‘kunci harga’ tidak boleh menjadi kemestian untuk disempurnakan. Hal ini kerana wa’ad  daripada pelabur hanyalah sebagai lindung nilai daripada perubahan nilai, bukanlah mengandungi akad mu’awadat yang bersifat lazim dan perlu ditunaikan. Kriteria berdasarkan senario transaksi pelaburan emas kontemporari tersebut juga memenuhi hasrat resolusi MPS IFI di Malaysia dalam muzakarah kali ke-8 pada 29 Mei 2012 yang meminta PPE perlu dikemas kini serta kajian lanjut perlu dilakukan (JAKIM, 2012c). Dapatan  kajian  ini  memperlengkapkan  panduan PPE sedia ada untuk diguna pakai oleh masyarakat.

Selain itu, kriteria umur 18 tahun untuk melabur, institusi berdaftar dengan pihak kerajaan serta mempunyai ahli jawatankuasa syariah juga penambahbaikan kepada panduan PPE sedia ada. Penetapan 18 tahun sebagai umur minimum untuk melakukan transaksi bertepatan dengan pendapat fiqh Abu Hanifah dan mazhab al-Maliki. Ia juga bertepatan dengan Akta Kontrak 1950, Akta Umur Dewasa 1971 serta Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 yang mendefinisikan ‘orang muda’ dan umur orang dewasa apabila seseorang mencapai 18 tahun. iPEPS turut mengambil kira aspek undang-undang lain di Malaysia dengan tambahan kriteria pelesenan dan kewujudan jawatankuasa syariah. Hal ini bertepatan dengan ABN 2009 seksyen 2 (1) dan Akta Syarikat 1965 seksyen 4 tentang pelesenan institusi pelaburan serta IFSA 2013 seksyen 30 (1) berkaitan penubuhan jawatankuasa syariah.

Ringkasnya, sebanyak tiga dimensi dan 33 item bagi kriteria PEPS yang telah disepakati oleh pakar adalah (i) Dimensi “Pelabur dan Institusi Pelaburan” yang mengandungi lima item; (ii) Dimensi “Barang dan Harga Emas” yang mengandungi 17 item; dan (iii) Dimensi “Akad Tawaran Pelaburan” yang mengandungi 11 item. Proses pembentukan iPEPS yang disepakati pakar ditunjukkan pada Rajah 1.

Pusingan 1  
Analisis Delphi  
Analisis FDM  
30 item mencapai kesepakatan yang tinggi untuk dipersetujui.Dua item mencapai kesepakatan yang sederhana (B05, B15).Dua item mendapat cadangan penambahbaikan struktur ayat (B18, C02).Satu item baru dicadangkan sebagai penambahan (C11).
TEKNIK DELPHI  
Dimensi disepakati: Pelabur dan Institusi Pelaburan (PIP).Barang dan Harga (BDH).Akad Tawaran Pelaburan (ATP)
Pusingan 2  
Analisis Delphi  
Analisis FDM  
Dua item mencapai kesepakatan yang tinggi untuk ditolak (B05, B15).Dua item penambahbaikan struktur ayat mencapai kesepakatan yang tinggi untuk diterima (B18, C02).Satu item baru mencapai kesepakatan yang tinggi untuk diterima (C11).
Kesepakatan tahap tinggi untuk menerima 3 dimensi dan 33 item: Dimensi Pelabur dan Institusi Pelaburan (PIP) – 5 itemDimensi Barang dan Harga (BDH) – 17 itemDimensi Akad Tawaran Pelaburan (ATP) – 11 item

Rajah 1: Rumusan proses pembentukan iPEPS yang disepakati pakar

5. DAPATAN FASA PENILAIAN

Kajian diteruskan pada fasa terakhir untuk menilai tahap kualiti iPEPS berdasarkan pelaburan emas di Malaysia. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan model pengukuran Rasch bagi mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan tersebut. Penggunaan model ini lebih tepat untuk mendapatkan ciri kualiti sesuatu instrumen yang menyeluruh. Ini dibuktikan melalui kajian perbandingan oleh K. E. Green & Frantom (2002) dengan menggunakan model Rasch dan tidak menggunakannya telah membuktikan kajian yang dianalisis menggunakan model Rasch memberikan maklumat yang lebih berbanding dengan analisis biasa.

Penilaian ini dilakukan untuk memastikan iPEPS sebagai alat pengujian yang memenuhi ciri kualiti yang baik. Hal ini kerana instrumen berkualiti perlu memenuhi kriteria sebagai alat pengujian yang mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta ciri kepenggunaan yang baik (Messick, 1995; Wainer & Braun, 1988). Tahap kualiti iPEPS ditentukan melalui analisis pengukuran Rasch melalui enam elemen, iaitu (a) kebolehpercayaan; (b) ketepatan skala pengukuran; (c) kearahan dimensi; (d) kesahan konstruk; (e) kesesuaian padanan; dan (f) kesesuaian keobjektifan (Bond & Fox, 2015; Azrilah, 2013; Linacre, 2012 & Rasch, 1980).

Kajian ini telah berjaya menghasilkan iPEPS yang berkualiti tinggi serta dapat mengukur secara baik dan normal. Perkara ini disokong melalui bukti empirikal bahawa instrumen tersebut mempunyai nilai kebolehpercayaan dan kesahan konstruk yang tinggi serta bersifat unidimensi. Skala pemeringkatan yang digunakan juga adalah baik kerana dapat dibezakan oleh mereka yang terlibat dengan kontrak pelaburan emas. Item-item dalam instrumen ini sepadan walaupun terdapat tiga item yang mempunyai unsur bias. Semuanya hasil kebarangkalian andaian yang tinggi oleh pelabur emas bahawa produk pelaburan emas yang disertai oleh mereka adalah patuh syariah sedangkan kebanyakan institusi pelaburan yang menawarkan produk tersebut menganggap sebaliknya. Oleh itu, pola patuh syariah menunjukkan tahap kepatuhan yang diandaikan oleh pelabur emas adalah lebih tinggi berbanding institusi pelaburan emas.

Selain itu, analisis tahap kualiti iPEPS melalui model Rasch turut berupaya menghasilkan profil pematuhan pelaburan emas di Malaysia melalui dua aspek, iaitu (a) Kriteria yang mudah dan sukar untuk dipatuhi; dan (b) Tahap pematuhan syariah dalam pelaburan emas di Malaysia. Bukti empirikal menunjukkan tahap patuh syariah dalam pelaburan emas di Malaysia secara umumnya adalah sederhana dan masih memerlukan perubahan serta penambahbaikan. Statistik kajian menunjukkan lebih separuh institusi pelaburan emas mempunyai komitmen sederhana untuk patuh syariah. Namun, agak mendukacitakan kerana terdapat 22.5% institusi tidak mempunyai komitmen untuk patuh syariah. Hanya 7.5% institusi mempunyai komitmen tinggi untuk patuh syariah dengan dua daripadanya (5%) memenuhi semua kriteria yang ditetapkan. Baki 95 peratus institusi pelaburan emas tidak mempunyai ahli penasihat syariah, iaitu salah satu daripada dua item (6.25%) yang paling sukar dipenuhi selain keperluan pendaftaran dengan pihak berwajib. Aspek yang paling mudah untuk dipenuhi pula adalah tentang berat dan bentuk emas yang diketahui oleh pelabur. Rumusan kesahan iPEPS dan bentuk profil pelaburan emas di Malaysia berdasarkan analisis model Rasch ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Rumusan kualiti iPEPS

Elemen AnalisisDataRumusan
Kebolehpercayaan itemItem r=0.94Item mempunyai nilai kebolehpercayaan item yang tinggi.
Kebolehpercayaan personPerson r=0.94Item mempunyai nilai keboleh- percayaan responden yang tinggi.
Pengasingan item3.98Item mempunyai nilai pengasingan item yang baik.
Pengasingan person4.12Item mempunyai nilai pengasingan responden yang baik.
Kalibrasi skala pemeringkatanJulat nilai pengasingan s antara setiap pemeringkatan: 1.4 < s < 5.0.Skala adalah baik, tiada penindihan antara skala dan arasnya boleh dibezakan.
UnidimensiNilai varians yang boleh dijelaskan dalam pengukuran 69.4% (melebihi 50%) Nilai varians yang tidak dapat dijelaskan 5.2% (kurang daripada 15%)Instrumen mengukur pada satu arah tanpa kesamaran atau unsur meragukan.
Polariti itemTiada nilai PTMEA CORR yang negatif dan kebanyakan item berada pada julat (0.4 – 0.8)Instrumen adalah baik dan mengukur secara normal.
Kesepadanan itemTerdapat dua item (A04; B09) yang sama-sama melebihi julat infit MNSQ (0.5<y<1.5) dan nilai z-std (+-2).Semua item dikekalkan kerana mempunyai nilai PTMEA CORR yang positif dan mengukur secara normal.
Kesepadanan personTerdapat satu item (P392) yang sama-sama melebihi julat infit MNSQ (0.5<y<1.5) dan outfit z-std (+-2), namun nilai infit z-std masih dalam julat.Semua item dikekalkan kerana mempunyai nilai PTMEA CORR yang positif dan mengukur secara normal.
Kebezaan kefungsian item (DIF)Tiga item (A02; B17; C06) mempunyai nilai skor DIF melebihi nilai terkawal t = (+/-2).Item-item tersebut mempunyai respons bias yang menunjukkan kebarangkalian pelabur bahawa produk pelaburan emas adalah patuh syariah sedangkan sebaliknya bagi institusi pelaburan.
Item mudah dan sukarSangat sukar dipatuhi = 2 item (6.3%) Sukar dipatuhi = 17 item (53.1%) Mudah dipatuhi = 12 item (37.5%) Sangat mudah dipatuhi = 1 item (3.1%)Kebanyakan item adalah sukar dipatuhi terutamanya dari aspek kewujudan ahli penasihat syariah.
Pematuhan syariahTiada komitmen = 9 (22.5%) Komitmen rendah = 6 (15%) Komitmen sederhana = 22 (55%) Komitmen tinggi = 3 responden (7.5%)Majoriti institusi pelaburan emas tidak patuh syariah dengan hanya 7.5% yang mempunyai komitmen tinggi untuk patuh syariah.

6. PENUTUP

Kajian ini telah mencapai ketiga-tiga objektif yang dirangka, iaitu (i) Mengenal pasti kriteria yang diperlukan dalam pembinaan panduan pelaburan emas secara syariah; (ii) Membangunkan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar muamalat; dan (iii) Menilai tahap kualiti Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) berdasarkan pelaburan emas di Malaysia. iPEPS yang mempunyai ciri kualiti yang baik berjaya dibentuk terdiri daripada tiga dimensi dan 32 item. Instrumen ini boleh diguna pakai untuk semakan atau audit patuh syariah pelaburan emas serta sebagai asas kajian berkaitan produk patuh syariah pelaburan lain pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Al-Qur’an al-Karim

al-Kamali, ‘Abd al-Rauf bin Muhammad bin Ahmad. (2002). Al-Ziyadah wa Atharuha fi al-Mu’awadat al-Maliyyah. Kuwait: Muassasah Gharas li Nasyr wa al-Tauzi’.

al-Khin, Mustafa, Mustafa al-Bugha & ‘Ali al-Shurbaji. (1987). Al-Fiqh al-Manhaji. Damsyik: Matba’ah al-Sabah.

al-Misri, Rafiq Yunus. (1999). Ahkam al-Bay’ wa Syira’ Hulli al-Dhahab wa al-Fiddah. Damsyik: Dar al-Qalam.

al-Syarbini, Syams al-Din, Muhammad bin Ahmad al-Khatib. (1994). Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Syawkani, Muhammad bin al-‘Ali. (1987). Al-Durari al-Madiyyah Syarh al-Durr al-Bahiyyah. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.

al-Zuhayli, Wahbah. (1989). Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyik: Dar al-Fikr.

Azrilah Abdul Aziz, Mohd Saidfudin Masodi & Azami Zaharim. (2013). Asas Model Pengukuran Rasch: Pembentukan Skala & Struktur Pengukuran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bond, Trevor G., & Christine M. Fox. (2015). Applying the Rasch Model (3rd ed.). New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Chu, Hui-Chun, & Gwo-Jen Hwang. (2008). A Delphi-based Approach to Developing Expert systems with the Cooperation of Multiple Experts. Expert Systems with Applications, 34 (4), 2826-2840. doi: 10.1016/j.eswa.2007.05.034

Dalkey, Norman Crolee, Daniel L. Rourke, Ralph Lewis & et al. (1972). Studies In The Quality of Life: Delphi and Decision-making. Lexington, Massachusetts: Lexington Books.

Delbecq, André L., Andrew H. Van de Ven & David H. Gustafson. (1975). Group Techniques for Program Planning: A Guide to nominal Group and Delphi Process. Glenview, Illinois: Scott, Foresman and Company.

Green, Kathy E., & Catherine G. Frantom. (2002). Survey Development and Validation with the Rasch Model. Kertas kerja dibentangkan di International Conference on Questionnaire Development, Evaluation, and Testing 2002, Charleston, SC.

Ho, Catherine Soke Fun, Omar Masood, Asma Abdul Rehman & et al. (2012). Syariah Accounting and Compliant Screening Practices. Qualitative Research in Financial Markets, 4 (2/3), 240-254. doi: 10.1108/17554171211252556

JAKIM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (2012). Rumusan Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke-8 Tahun 2012. Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Capaian 31 Mac 2013.  http://www.islam.gov.my/en/rumusan-muzakarah-ahli-majlis-penasihat-syariah-institusi-kewangan-di-malaysia-kali-ke-8-tahun-2012

Linacre, John Michael. (2012). A User’s Guide to Winsteps/Ministeps Rasch-model Computer Programs. Chicago, IL: Winsteps.com.

Linstone, Harold A. (1978). The Delphi Technique: Handbook of Futures Research (J. Fowles Ed.). Westport, CT: Greenwood Press.

Lokmanulhakim Hussain, Mohamed Fairooz Abdul Kadir, Mohd Bahroddin Badri & et al. (2012). Analisis Syariah Terhadap Produk-produk Pelaburan Emas di Malaysia. Research Paper (Bil. No. 36/2012): International Shari’ah Research Academy for Islamic Finance (ISRA).

Martino, Joseph P. (1983). Technological Forecasting for Decision Making. New York: Elsevier Science Publishing.

Messick, Samuel B. (1995). Validity of Psychological Assessment. American Psychologist, 50 (9), 74-149.

Murry, John W., & James O. Hammons. (1995). Delphi, a Versatile Methodology for Conducting Qualitative Research. The Review of Higher Education, 18 (4), 423-436.

Rasch, Georg W.. (1980). Probabilistic Models for Some Intelligence and Attainment Tests. Chicago: University of Chicago Press.

Reid, Norma. (1988). The Delphi Technique: Its Contribution to the Evaluation of Professional Practice. Dlm. R. Ellis (Ed.), Professional Competence and Quality Assurance in the Caring Professions. London: Chapman & Hall.

Richey, Rita C, & James D Klein. (2007). Design and Development Research: Methods, Strategies and Issues. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Rosnah Ishak. (2013). Pembinaan Profil Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran untuk Sekolah Malaysia. Tesis Doktor Falsafah tidak diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  

Sabiq, Al-Sayyid. (1993). Fiqh al-Sunnah. Kaherah: Dar al-Fath li al-A’lam al-‘Arabi.

Saddam, ‘Abd al-Qadir ‘Abd Allah. (2006). Bay’ al-Dhahab wa al-Fiddah. Amman: Dar al-Nafais.

SC, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (2013). Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (29 November 2013). Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Wainer, Howard, & Henry I. Braun. (1988). Test Validity. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Ziglio, Erio. (1996). The Delphi Method and its Contribution to Dicision-making. Dlm. M. Adler & E. Ziglio (Ed.), Gazing Into the Oracle: The Delphi Method and Its Application to Social Policy and Public Health. London: Jessica Kingsley.

Zuhaili, Muhamad Zuhaili Saiman & Ahmad Dahlan Salleh. (2015). Kajian Konsep al-Wa’ad dan al-Wa’dan menerusi Kaedah ‘Lock Price‘ dalam Urusniaga Bertangguh Emas Fizikal. Dlm. Nik Abdul Rahim et al. (Ed.), Prosiding Persidangan Antarabangsa Fiqh Semasa & Perundangan Islam 2015 Batam Indonesia, 300-314. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.