Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) Melalui Teknik Delphi Klasik dan Fuzzy Delphi (FDM)

Abstrak: Objektif kajian ini untuk menjelaskan proses reka bentuk instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) dengan menggunakan Teknik Delphi Klasik (TDK) dan Metod Fuzzy Delphi (FDM). TDK merupakan suatu kaedah untuk mendapatkan kesepakatan pakar dalam sesuatu isu sementara FDM adalah teknik analisis kombinasi antara aplikasi TDK dan teori set fuzzy. Instrumen kajian ini berbentuk soal selidik skala Likert 4-poin yang terdiri daripada tiga dimensi serta 34 item. Seramai 13 orang pakar muamalat Islam telah dipilih sebagai peserta TD dan dua pusingan telah digunakan untuk mendapatkan kesepakatan mereka. Dapatan kajian menunjukkan kesepakatan yang tinggi di kalangan peserta pakar dengan skor IQR=0.00 hingga 1.00; Mdn=4.00 untuk menerima ketiga-tiga dimensi, 32 item asal dan satu item baru (C11) serta menolak dua item asal (B05;B15). Skor penerimaan ini turut disokong dengan bukti empirikal daripada analisis FDM yang menunjukkan nilai d threshold konstruk dan semua item adalah d≀ 0.2 serta peratusan kesepakatan pakar adalah ≄75%. Hasilnya, kajian ini berjaya membentuk iPEPS yang terdiri daripada tiga dimensi dan 33 item yang mempunyai kesahan yang baik. Instrumen ini boleh digunapakai oleh institusi kewangan Islam untuk mewujudkan produk baru atau audit syariah pelaburan emas sedia ada supaya mematuhi kehendak muamalat Islam.

Pembangunan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) Melalui Teknik Delphi Klasik dan Fuzzy Delphi (FDM)[1]

Najahudin Lateh, Siti Noorbiah Md Rejab

University Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Malaysia

najahudin@salam.uitm.edu.my

Keywords: delphi, fuzzy delphi, patuh syariah, pelaburan emas

1. Pengenalan

Emas adalah logam berharga yang juga simbol kekuasaan, kekayaan dan kecantikan selain sebagai pengukur nilai, medium pertukaran serta simpanan yang berharga (al-Ghazali, 1993; Ibn Khaldun, 2002). Ciri-ciri tersebut menimbulkan minat masyarakat untuk menjadikan emas sebagai instrumen pelaburan. Malah, pelaburan berasaskan emas dianggap sebagai pelaburan yang baik berbanding pelaburan lain (Jamil, 2009) atas pelbagai faktor seperti kurang risiko, kecairan dan rekod jangka panjang yang baik (Umar Azmon, 2002). Di Malaysia, pelaburan emas dijalankan dalam bentuk emas fizikal seperti syiling dan jongkong (Louis, 2009; Shukor, 2009), dinar, emas hiasan (Saat, 2011), akaun emas (Mohd Yusra, 2012a; Shukor, 2009) dan dalam bentuk emas maya (H. Lokmanulhakim et al., 2012).

Minat dan sambutan masyarakat menyaksikan kemunculan lebih banyak syarikat yang menawarkan pelbagai produk dan model pelaburan emas. Namun, kebanyakkan syarikat ini tidak mengikut undang-undang (Norlaili, 2012). Bank Negara Malaysia (BNM) sendiri sehingga Oktober 2015 telah menyenaraikan lebih 180 syarikat dan laman sesawang di bawah pemantauan kerana tidak mendapat lesen kebenaran beroperasi dan kebanyakannya adalah pelaburan emas (BNM, 2014). Bagi umat Islam, hal ini telah menimbulkan masalah dari aspek hukum jika peraturan syarak tentang transaksi emas tidak diambil kira. Justeru, kajian ini bertujuan untuk membangunkan Instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang disepakati pakar muamalat sebagai nilai tambah untuk manfaat pelabur emas, institusi pelaburan dan masyarakat seluruhnya.

2. Panduan Pelaburan Emas

Panduan semakan produk patuh syariah sedia ada kebanyakkannya tidak merangkumi secara spesifik terhadap pelaburan emas. Kriteria patuh syariah yang dibangunkan oleh badan-badan piawai di seluruh dunia termasuklah di Malaysia hanya sesuai untuk pasaran niaga masing-masing kerana wujud kriteria berbeza dalam mengklasifikasikan sesuatu sekuriti itu sebagai patuh syariah (Derigs & Marzban, 2008; SC, 2013). Kelainan piawai daripada pelbagai pihak melahirkan keputusan patuh syariah yang berbeza. Kajian Khatkhatay & Nisar (2007) ke atas tiga badan iaitu DJIM, Meezan dan SC mendapati kriteria DJIM sangat berbeza dengan Meezan dan SC dalam memasukkan industri hotel, penyiaran dan media serta hartanah ke dalam senarai tidak patuh syariah. Hal ini telah mendorong Ho et al. (2012) mencadangkan suatu piawai antarabangsa yang digunapakai oleh semua negara sebagai panduan kepada para pelabur.

Piawai syariah dalam kewangan Islam sedia ada di peringkat antarabangsa pula hanyalah menyentuh tentang pelaburan umum, khasnya dalam pasaran modal dan sekuriti (Derigs & Marzban, 2008; SC, 2013). Di Malaysia, pihak berkuasa agama melalui Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah menerima Parameter Pelaburan Emas (PPE) (JAKIM, 2012a) sebagai garis panduan dalam hal ini. Parameter yang mengandungi 23 item tersebut diperakukan setelah taklimat dan penjelasan daripada dua orang pakar daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA). Walaupun begitu, garis panduan tersebut terlalu umum dan tidak memberi kesan besar kepada kepatuhannya dalam amalan pelaburan emas. Ini terbukti dengan semakin banyak institusi pelaburan emas yang diawasi oleh BNM (BNM, 2014) serta pengharaman syarikat pelaburan emas seperti Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd pada Julai 2012 yang beroperasi melibatkan 50,000 pelanggan dan 5 billion dana sejak 2007 (Berita, 2012).

Hal ini telah mendorong MPS institusi kewangan di Malaysia dalam muzakarahnya pada 29 Mei 2012 menggesa pihak-pihak berwajib mengemaskini dan membuat kajian lanjutan terhadap parameter tersebut (JAKIM, 2012b). Muzakarah tersebut turut mencadangkan “satu garis panduan urusniaga dan pelaburan emas perlu diwujudkan untuk memberi panduan kepada pelabur dan orang awam”. Parameter tersebut perlu diperkasa dan ditambah nilai dengan suatu instrumen atau panduan yang menyeluruh oleh lebih ramai tenaga pakar. 

3. Sorotan Kajian Lepas

Kajian lepas berkaitan emas menurut perspektif Islam agak banyak. Biasanya kajian menjurus kepada perbahasan penggunaan emas secara umum, seperti fungsi emas (al-Ghazali, 1993; Ibn Khaldun, 2002), hukum transaksi emas (Ibn Baz, 2013; Ibn Khaldun, 2002) ataupun mekanisme pelaksanaan emas sebagai matawang (al-Maqrizi, 1957; Muhammad Nasri, 2009; Nurfarizan, 2010; Salmy, 2011). Karya fiqh Islam dalam semua mazhab sama ada Hanafi, Maliki, Syafi’i ataupun Hambali menyentuh fungsi emas sebagai alat pertukaran, perkakasan, perhiasan, senjata perang, pakaian, cincin, gantian anggota badan, pembayaran zakat, riba dan transaksi emas dan sebagainya (Salmy, 2011).

Kajian spesifik tentang pelaburan emas agak berkurangan. Kajian Saat (2011) dan Muhaimin (2009) masing-masing hanya menyebutkan teknik pelaburan emas di Malaysia dan Indonesia, namun kaedah secara patuh syariah tidak dijelaskan. Terdapat pula kajian tentang beberapa institusi pelaburan emas, namun perbahasannya lebih kepada aplikasi instrumen tersebut contohnya di KFH (Mohd Yusra, 2012b), Public Gold (Louis, 2009) dan di beberapa institusi lain (Shukor, 2009). Walaupun begitu, terdapat beberapa kajian ringkas tentang konsep pelaburan emas syariah. Akhtarzaite (2012) ada menyentuh tentang pelaburan emas menurut perspektif Islam melalui beberapa kontrak khasnya jual beli. Sementara itu, terdapat dua kajian berbentuk analisis terhadap produk pelaburan emas iaitu oleh H. Lokmanulhakim et al. (2012) yang menganalisis dari aspek kepatuhan syariah dan H. Lokmanulhakim et al. (2013) yang menganalisis dari aspek kewajipan pembayaran zakat.

Dari aspek lain, terdapat pandangan sebahagian sarjana Islam yang mempertikaikan aktiviti pelaburan emas ini kerana bertentangan dengan objektif syarak (maqasid al-syari’ah) sebagai pengukur nilai dan alat pertukaran (al-Ghazali, 1993; Ibn al-Taymiyyah, 1995). Oleh itu, ia tidak wajar dibiarkan berterusan berkembang dalam masyarakat. Walaupun begitu, terdapat sarjana Islam yang berpendapat pelaburan emas dengan maksud belian emas dengan nilai rendah dan kemudian menjual balik dengan nilai yang lebih tinggi apabila berlaku kenaikan harga emas bukanlah sesuatu yang diharamkan oleh syarak. Ini difatwakan oleh ulama seperti Ibn Baz (2013) dan Ibn ‘Uthaymin (2013) dengan syarat mematuhi semua kriteria jual beli matawang ataupun al-sarf (H. Lokmanulhakim et al., 2012).

Kriteria penggunaan emas dinyatakan secara umum dalam al-Quran (al-Tawbah, 9:34; Hud, 11:87; ali-‘Imran, 3:75) dan diperincikan dalam banyak hadith sahih Rasulullah SAW.  Emas mempunyai hukum-hakam khusus berkaitan riba berbanding dengan logam lain seperti tembaga dan besi. Sabda Rasulullah SAW: (Ditukar) emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar,  garam  dengan  garam, hendaklah timbangan sama berat, hendaklah serah tangan terus. Sekiranya berbeza jenis (barang), maka jual seperti yang engkau mahukan dengan tidak bertangguh penyerahan terus. (Riwayat Muslim (2010) daripada ‘Ubadah bin al-Samit)

Hadith tersebut membahagikan dua kategori barangan, iaitu (a) matawang seperti emas, perak, dollar dan sebagainya; dan (b) barangan makanan asasi seperti gandum, beras dan barli. Terdapat tiga syarat dalam transaksi emas menurut syariah: (i) Transaksi emas dengan emas mestilah diserah terima secara serta merta ketika kontrak serta mempunyai berat timbangan yang sama; (ii) Transaksi emas dengan matawang lain mestilah diserah terima secara serta merta ketika kontrak tanpa tangguh atau berhutang, tetapi tanpa perlu nilai atau berat timbangan yang sama; dan (iii) Transaksi emas dengan barangan lain tidak mempunyai sebarang syarat seperti dua syarat di atas. Kaedah transaksi emas ini ditunjukkan dalam Jadual 1 berikut.

Jadual 1. Kaedah Transaksi Emas dalam Islam.

  Kategori MatawangKategori Makanan AsasiKategori Barangan Lain
  EmasDollarGandumBerasRumahKereta
Kategori MatawangEmas      
Dollar      
Kategori Makanan AsasiGandum      
Beras      
Kategori Barang LainRumah      
Kereta      

                               Petunjuk

 Jual beli atau transaksi diserah terima secara serta merta ketika kontrak serta mempunyai berat timbangan yang sama;
 Jual beli atau transaksi diserah terima secara serta merta ketika kontrak tanpa tangguh atau berhutang tanpa perlu nilai atau berat timbangan yang sama.
 Jual beli atau transaksi boleh secara tangguh atau hutang serta serta tanpa perlu nilai atau berat timbangan yang sama.

4. Method

4.1 Teknik Delphi

Kajian ini menggunakan teknik Delphi iaitu suatu usaha di kalangan sekumpulan panel pakar (Adler & Ziglio, 1996) bagi membentuk suatu keputusan kesepakatan secara bersama (Helmer, 1968). Teknik ini digunakan untuk mendapatkan kesepakatan pandangan pakar dan kajian lalu telah membuktikan Delphi lebih efektif untuk menjana idea daripada kaedah-kaedah lain (Ludwig, 1997; Ulschak, 1983). Menurut Dalkey et al. (1972), ‘several heads are better than one’ (beberapa kepala adalah lebih baik daripada satu) kerana pandangan terbaik akan diperolehi melalui kepelbagaian jenis jawapan daripada individu pakar yang berpengetahuan. Oleh itu teknik Delphi direka sebagai tatacara pengundian (Hill dan Fowles, 1975), alat penghakiman, membuat keputusan (Rowe & Wright, 1999) serta untuk meningkatkan kaedah ramalan (Dalkey et al., 1972).

Dari segi sejarah, teknik Delphi yang dibangunkan oleh penyelidik Norman Dalkey dan Olaf Helmer untuk tentera udara Amerika Syarikat tajaan RAND Corporation pada awal tahun 1950-an amat membantu apabila pakar-pakar bertaburan dan tidak mudah untuk bertemu secara personal (Dalkey & Helmer, 1963; Ludwig, 1997; Miller & Salkind, 2002; Rand, 2013). Pada zaman kini, penggunaan Delphi telah meluas dalam bidang pendidikan, pengurusan pentadbiran, penilaian polisi, perancangan program, perniagaan dan sebagainya. Teknik ini membolehkan pakar-pakar menangani secara bersistematik tentang sesuatu masalah atau tugasan yang rumit dengan menggabungkan keputusan individu bagi memperoleh satu kesimpulan bersama (Helmer, 1968). Seorang peserta pakar lebih cenderung untuk memberikan pandangan secara bebas dan tanpa terikat jika tiada pendedahan pendapatnya kepada orang lain (Helmer, 1968) di samping boleh menyaring pendapat panel yang terdiri daripada pakar sesuatu bidang (Dalkey et al., 1972).

4.2 Peserta

TD dilaksanakan untuk mencapai tahap kesepakatan yang tinggi di kalangan peserta pakar, iaitu individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang khusus dalam sesuatu bidang (Ludwig, 1997; Martino, 1983). Justeru, pemilihan peserta kajian ini dibuat dengan teliti untuk mengelakkan kesilapan dan dapatan yang tersasar. Ini kerana kejayaan TD bergantung kepada pandangan dan berdasarkan maklumat yang diberikan. Oleh itu panel pakar dikenalpasti melalui proses pencalonan dan bukannya pemilihan secara rawak (Ludwig, 1997). Pengkaji lepas mencadangkan panel pakar hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengetahuan terhadap isu dan perspektif perkara yang dikaji di samping bermotivasi untuk kekal sehinggan selesai kajian (Linstone & Turoff, 1975; Ziglio, 1996).

Pengkaji lepas mencadangkan minima saiz panel peserta pakar TD adalah antara tujuh orang, iaitu mengikut eksperimen asal oleh Dalkey & Helmer (1963). Terdapat pelbagai pandangan tentang maksima saiz panel antaranya tidak melebihi 12 peserta (Cavalli-Sforza & Ortolano, 1984; Phillips, 2000), 15 peserta (Delbecq et al., 1975; Linstone & Turoff, 1975; Martino, 1983; Ziglio, 1996) dan 50 orang (Linstone & Turoff, 1975; Witkin & Altschuld, 1995). Justeru, kajian ini memilih 13 peserta untuk TD di kalangan pakar yang memenuhi syarat: (i) mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang syariah; dan (ii) mufti kerajaan; atau penasihat syariah di institusi kewangan; atau penyelidik muamalat di institusi penyelidikan syariah; atau profesor syariah di universiti awam. Saiz peserta ini memenuhi saiz yang disyorkan oleh majoriti pengkaji iaitu antara tujuh hingga 15 orang dan bersesuaian dengan saiz sampel purata cadangan mereka iaitu antara 10 hingga 15 orang seperti cadangan Delbecq et al. (1975) dan Ziglio (1996). Jumlah ini juga sesuai bagi penyelidik kerana peserta yang terlalu kecil tidak mencerminkan perwakilan bagi isu sasaran dan jika terlalu besar memerlukan masa yang banyak untuk peserta (Hsu & Sandford, 2007) dan menyusahkan proses meringkaskan pandangan mereka (Ludwig, 1997) (Linstone & Turoff (1975).

4.3 Pusingan

Untuk mendapatkan kesepakatan tersebut, teknik Delphi tidak menetapkan pusingan yang perlu diikuti. Pusingan Delphi hanya tamat dan dihentikan apabila panel pakar telah mencapai kesepakatan mereka. Kebiasaan teknik ini dilakukan sebanyak tiga pusingan (Ludwig, 1997) namun boleh dilakukan antara dua hingga 10 pusingan untuk mendapatkan konsensus yang mantap (Martino, 1983). Kajian ini menggunakan teknik Delphi sebanyak dua pusingan dengan panel pakar yang sama. Pusingan dihentikan kerana tujuan untuk mendapatkan kesepakatan peserta telah tercapai (Martino, 1983). Jumlah ini juga dianggap memadai kerana perbezaan pandangan pakar sudah berkurangan pada pusingan kedua (Helmer, 1968).

Pusingan pertama Delphi bertujuan untuk mengesahkan data dan mendapatkan kesepakatan pakar terhadap 34 item yang dibina berdasarkan kajian literatur. Proses peringkat ini menggunakan instrumen soal selidik responds terbuka dan responds tertutup yang boleh berfungsi untuk mendapatkan maklumat spesifik tentang liputan kandungan kajian (Custer, Scarcella, & Stewart, 1999). Data yang diperolehi digunakan untuk membina instrumen soal selidik bagi pusingan seterusnya. Pusingan kedua Delphi pula bertujuan untuk mendapatkan kesepakatan pakar terhadap item yang belum disepakati serta item baru yang dicadangkan dalam soal selidik pusingan lepas. Justeru, set soal selidik pada pusingan ini mengandungi tiga bahagian, iaitu (i) item yang belum disepakati; (ii) item yang mengalami perubahan struktur ayat; dan (iii) item tambahan yang baru. Instrumen yang diedarkan kepada panel pusingan ini juga disertakan bersama analisis maklumbalas mereka pada pusingan pertama. Setiap peserta boleh mengubah tahap persetujuan mereka sedia ada pada pusingan pertama supaya skor jurang perbezaan persetujuan di kalangan pakar dapat dirapatkan. Namun, mereka tidak dibenarkan menambah sebarang item baru pada pusingan kedua ini.

4.5 Instrumen

Kajian ini menggunakan soal selidik yang direkabentuk daripada instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang mengandungi tiga dimensi; (i) Pelabur dan institusi pelaburan (5 item); Barang dan harga (19 item); dan (iii) Akad tawaran (10 item). Soal selidik tersebut digunakan pada setiap pusingan Deplhi. Instrumen berbentuk soal selidik ini sangat sesuai untuk mendapatkan maklumat sesuatu fenomena daripada saiz populasi yang besar (Konting, 1998). Sebelum soal selidik Delphi dilakukan, instrumen yang telah disiapkan diuji terlebih dahulu melalui kajian rintis ke atas dua responden pakar yang terdiri daripada seorang pegawai penasihat syariah yang terlibat dengan industri dan seorang yang terlibat dengan bidang akademik di IPT. Setelah dibaiki, soal selidik tersebut diedarkan kepada semua peserta pakar yang merangkumi dua pusingan.

Set soal selidik tersebut mengandungi item responds tertutup berbentuk Skala Likert 4-Poin yang mengandungi tahap ‘Sangat setuju’, ‘Setuju’, ‘Tidak setuju’ dan ‘Sangat tidak setuju’. Pusingan pertama Delphi terdiri daripada 34 item sementara pusingan kedua terdapat 33 item. Tujuan utama metod soal selidik pada peringkat ini adalah untuk mendapatkan persetujuan pakar-pakar tersebut kepada item soal selidik yang diberikan. Oleh itu, item soal selidik yang tidak dipersetujui dibuang hinggalah terdapat kesepakatan tersebut pada pusingan kedua.

5. Analisis Data

5.1 Analisis Teknik Delphi Klasik (TDK)

Statistik deskriptif merupakan kaedah analisis yang sering digunakan bagi TDK melalui UKB (mod dan median) serta dan JAK. Data bagi statistik deskriptif dianalisis menggunakan perisian SPSS. Penyelidik bersetuju dengan cadangan Green (1982) yang meletakkan median sekurang-kurangnya 3.25 bagi skala empat point. Statistik Ukuran Serakan melalui JAK turut digunakan untuk menentukan tahap kesepakatan di kalangan pakar-pakar (Hsin-Ling, Altschuld & Yi-Fang, 2008). Kajian ini akan menggunakan tahap kesepakatan pakar berdasarkan skor JAK yang disyorkan oleh Siraj dan Paris (2011) seperti ditunjukkan pada Jadual 2.

Jadual 2: Tahap kesepakatan pakar mengikut skor Julat Antara Kuartil

Skor Julat Antara Kuartel (JAK)Tahap Kesepakatan
0.00 – 1.00Tinggi
1.01 – 1.99Sederhana
≄ 2.00Tiada

5.2 Analisis Fuzzy Delphi Method (FDM)

Teknik ini diperkenalkan oleh Murray et al. (1985) dan diubahsuai oleh Kaufmann & Gupta (1988) sebagai suatu bentuk pengukuran kajian futuristik. FDM bukanlah suatu teknik yang baharu sebaliknya ia memberi penambahbaikan TD sedia ada (Ridhuan et al., 2013) dan diinovasikan  secara efektif bagi mendapatkan konsensus pakar tanpa melalui banyak pusingan (Mohd. Nazri et al., 2014). Kajian ini akan menggunakan FDM untuk menganalisis data yang diperolehi pada setiap pusingan TD. Ia sebagai analisis sokongan kepada analisis data yang diperolehi daripada panel pakar TD. Kaedah ini dilakukan untuk mengekal atau menggugurkan sesuatu item. Item akan dikekalkan jika memenuhi dua syarat, iaitu (i) nilai d threshold item sama atau kurang daripada 0.2 (d≀ 0.2) (Chen, 2000; Cheng & Lin, 2002); dan (ii) peratusan kesepakatan pakar sama atau melebihi 75 peratus (≄75%) (Chu & Hwang, 2008; Murray & Hammons,1995). Nilai d threshold diperolehi dengan menentukan jarak di antara dua nombor fuzzy dengan menggunakan formula berikut:

6. Results

6.1 Pusingan pertama Delphi

Hasil analisis pusingan pertama Delphi, terdapat penerimaan, pengekalan, penambahbaikan dan penambahan terhadap beberapa item PEPS. Pada dimensi “Pelabur dan Institusi Pelaburan”, majoriti peserta telah mencapai kesepakatan pada tahap yang tinggi untuk menyetujui terhadap semua item dengan skor median adalah 4.00 (mdn=4) dan IQR bernilai 0.00 hingga 1.00 (IQR=0-1). Kesepakatan yang tinggi diperolehi daripada item A02, A04 dan A05 yang mencapai skor IQR=0 sementara item A01 dan A03 mendapat skor IQR=1. Majoriti peserta juga telah bersepakat pada dimensi “Barang dan Harga Emas” dengan kesepakatan tahap yang tinggi untuk menyetujui kebanyakkan item yang disenaraikan dengan mdn=4 dan skor IQR=0, iaitu pada semua item kecuali pada item B05 dan B17. Terdapat kesepakatan pakar pada tahap sederhana untuk tidak menyetujui kedua-dua item tersebut dengan skor mdn=2 dan IQR=1.5. Namun, kedua-dua item tersebut masih dikekalkan dalam set soal selidik bagi pusingan kedua sehingga mendapat kesepakatan terhadap item tersebut. Pada dimensi “Akad Tawaran Pelaburan Emas”, semua pakar telah mencapai kesepakatan tahap tinggi untuk menyetujui pada semua item iaitu skor mdn=4 dan IQR=0.

Secara rumusan pusingan pertama Delphi menunjukkan sebanyak 33 item telah mencapai tahap kesepakatan yang tinggi di kalangan majoriti peserta pakar untuk menyetujui item tersebut dengan (IQR=0-1). Oleh itu, semua item tersebut telah diterima sebagai instrumen SCGI. Terdapat dua item (B17; C02) yang mengalami penambahbaikan dari aspek struktur ayat dan dua item (B05; B16) mendapat kesepakatan yang sederhana di kalangan pakar. Selain itu, pusingan ini turut memperolehi satu cadangan item baru pada dimensi ‘Akad Tawaran Pelaburan Emas’: “C11 Kontrak tiada sebarang syarat untuk menyewa semula emas tersebut bagi dijualkan kepada pihak lain.”

6.2 Metod Fuzzy Delphi (FDM)

Hasil analisis data dapatan data nilai ditem adalah seperti pada Jadual 3.

Jadual 3: Nilai d threshold item pusingan pertama TD

ItemPakarNilai d item
12345678910111213
A010.20.10.10.10.20.20.10.10.10.10.20.10.10.130
A020.20.10.10.10.20.20.10.10.10.10.20.10.10.130
A030.30.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.043
A040.30.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.00.080
A050.30.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.00.00.080
B010.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B020.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B030.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B040.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B050.30.10.60.10.30.60.10.30.30.10.10.60.10.261
B060.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B070.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B080.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B090.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B100.30.00.00.00.30.00.00.00.00.00.00.00.00.080
B110.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B120.00.00.00.00.30.00.00.00.00.00.00.00.00.043
B130.00.00.00.00.30.00.00.00.00.00.00.00.00.043
B140.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B150.40.40.40.20.40.20.20.40.40.20.40.40.20.338
B160.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B170.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B180.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
B190.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.043
C010.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.043
C020.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.043
C030.00.00.00.00.00.00.00.30.00.00.00.30.00.080
C040.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.043
C050.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.000
C060.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.00.00.043
C070.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.043
C080.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.00.30.080
C090.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.043
C100.00.00.00.00.00.00.00.00.00.00.30.00.30.080

Jadual 3 di atas menunjukkan nilai d threshold bagi setiap item (ditem) serta nilai threshold kontruk (dkonstruk) berdasarkan kesepakatan pakar. Sebanyak 32 daripada 33 item dipersetujui oleh panel pakar berdasarkan syarat nilai d≀ 0.2 yang bermaksud semua pakar telah mencapai kesepakatan terhadap item tersebut. Hanya dua item iaitu B05 dan B15 yang tidak mencapai kesepakatan pakar kerana nilai d bagi item tersebut adalah 0.261 dan 0.338 iaitu melebihi 0.2 yang ditetapkan. Oleh itu, item tersebut perlu digugurkan atau dikekalkan untuk pusingan kedua Delphi (Chen, 2000; Cheng & Lin, 2002). Ketetapan untuk menolak item B05 dan B15 berdasarkan nilai d≀ 0.2 juga disokong oleh analisis peratusan kesepakatan pakar. Hasil analisis terhadap bilangan dan peratus kesepakatan terhadap item ditunjukkan pada Jadual 4.

Jadual ‎4: Peratusan kesepakatan pakar pusingan kedua TD mengikut analisis FDM

ItemNilai d itemBil. Item d ≀ 0.2Peratus Item d ≀ 0.2Keputusan
A010.13013100%Diterima
A020.13013100%Diterima
A030.0431292%Diterima
A040.0801185%Diterima
A050.0801185%Diterima
B010.00013100%Diterima
B020.00013100%Diterima
B030.00013100%Diterima
B040.00013100%Diterima
B050.261646%Ditolak
B060.00013100%Diterima
B070.00013100%Diterima
B080.00013100%Diterima
B090.00013100%Diterima
B100.0801185%Diterima
B110.00013100%Diterima
B120.0431292%Diterima
B130.0431292%Diterima
B140.00013100%Diterima
B150.338538%Ditolak
B160.00013100%Diterima
B170.00013100%Diterima
B180.00013100%Diterima
B190.0431292%Diterima
C010.0431292%Diterima
C020.0431292%Diterima
C030.0801185%Diterima
C040.0431292%Diterima
C050.00013100%Diterima
C060.0431292%Diterima
C070.0431292%Diterima
C080.0801185%Diterima
C090.0431292%Diterima
C100.0801185%Diterima

Jadual 4 menunjukkan 32 item yang diterima dan dua item ditolak berdasarkan peratusan kesepakatan pakar. Dua item yang ditolak adalah B05 yang mendapat 46% kesepakatan dan B15 sebanyak 38%. Keputusan ini hasil cadangan Chu & Hwang (2008) dan Murray & Hammons (1995) bahawa konsensus pakar diandaikan tercapai jika peratusan kesepakatan antara mereka ≄75%. Oleh itu, analisis FDM telah menyokong analisis UKB dalam data pusingan pertama TD bahawa terdapat 32 item telah mencapai kesepakatan sementara dua item iaitu B05 tentang ‘emas yang ditransaksi adalah barangan berasingan daripada emas yang tidak ditransaksi’ dan item B15 tentang ‘Harga emas yang ditawarkan tidak terlalu mahal daripada nilaian harga emas semasa’ tidak mendapat kesepakatan pakar.

6.3 Pusingan kedua Delphi

Pusingan kedua yang mengandungi 35 item termasuk satu item baru (C11) telah menghasilkan kesepakatan yang tinggi (IQR=0) di kalangan pakar sama ada untuk bersetuju atau menolaknya. Dua item yang belum disepakati pada pusingan pertama Delphi iaitu B05 dan B15 telah mencapai kesepakatan pakar yang tinggi (IQR=0) untuk tidak menyetujui item tersebut dengan mdn=2 Justeru kedua-dua item tersebut telah digugurkan daripada insturmen SCGI. Semua pakar juga bersepakat pada tahap yang tinggi (IQR=0; mdn=4) untuk menyetujui item B18 dan C02 dengan perubahan struktur ayat. Malah, semua pakar Delphi juga bersepakat pada tahap tinggi untuk menyetujui item tambahan yang dicadangkan pada pusingan pertama iaitu C11 dengan skor IQR=0 dan mdn=4. Dua item (B18; C02) yang mengalami perubahan struktur ayat diterima masuk dalam instrumen PEPS di samping satu item baru (C11) tersebut. Hasilnya, kajian melalui pusingan pertama dan kedua tersebut telah berjaya memperolehi sebanyak 33 item yang disepakati pada tahap tinggi (IQR=0-1; mdn=4) oleh semua pakar untuk menyetujuinya.

7. Kesimpulan

Kajian ini telah mencapai objektif membentuk intrumen SCGI yang mendapat kesepakatan pakar. Dapatan daripada kajian fasa ini menunjukkan kesepakatan yang tinggi di kalangan panel yang terdiri daripada pakar muamalat Islam. Skor konsensus yang diperolehi iaitu IQR=0.00 atau 1.00 dan mdn=4.00 adalah tinggi melebihi daripada tahap yang ditetapkan bagi kajian ini (mdn<3.25). Kesepakatan pakar yang meliputi tiga dimensi dan 33 item ini diperolehi pada pusingan kedua teknik Delphi.


[1] Kertas kerja ini dibentangkan di The International Conference on Islamic Education and Social Entrepreneurship 2015

(ICIESE2015) pada 12 hingga 14 Oktober 2015 di Resort World, Langkawi.