Kit Pelabur Hartanah Muslim

Buku ini dihasilkan untuk mengisi ruang keilmuan kehartaan dalam Islam. Proses pemilikan, pembelian, pembiayaan, penyewaan, penjualan dan pengagihan pendapatan daripada pelaburan hartanah dibincangkan dalam buku ini dijelaskan langkah demi langkah. Panduan yang ditunjukkan dalam buku ini lebih kepada pembelian rumah sekunder (sub-sale) atau belian atas tangan orang lain. Walaupun begitu, strategi lain seperti langkah pembelian rumah dalam pembinaan (under construction), rumah lelong (auction), belian pukal (bulk purchase), Amanah Pelaburan Hartanah (Real Estate Investment Trust REIT) dan belian tanah juga disentuh untuk pemahaman semua.

Terdapat 10 langkah dalam buku ini untuk menjadi pelabur hartanah yang memenuhi tuntutan syariah. Setiap langkah dihurai secara terperinci berdasarkan kefahaman dan pengalaman penulis sendiri. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:

Langkah 1 – Memahami hartanah di Malaysia

Langkah 2 – Memahami muamalat Islam tentang hartanah

Langkah 3 – Memahami pembiayaan hartanah secara Islam

Langkah 4 – Mencari hartanah sasaran

Langkah 5 – Menapis hartanah sebelum beli

Langkah 6 – Mendapatkan pembiayaan

Langkah 7 – Mendapatan penilai dan peguam

Langkah 8 – Menjana pendapatan dalam pelaburan hartanah

Langkah 9 – Mendapatkan pembiayaan semula

Langkah 10 – Menunaikan hak hartanah Muslim

Muat turun kandungan buku di SINI

Package

  Buku baharu terbit!! Buku ini menjelaskan konsep dan aplikasi Teknik Delphi, iaitu suatu bentuk komunikasi dalam kalangan panel pakar melalui beberapa pusingan hinggalah tercapai konsensus antara mereka. Analisis ditunjukkan melalui dua kaedah, iaitu Delphi Klasik dan Fuzzy Delphi Method (FDM). Selain itu, buku ini turut mengandungi contoh kertas-kertas kerja peringkat nasional dan antarabangsa tentang kaedah menganalisis Delphi Klasik dan FDM bagi menambahkan kefahaman pembaca. Buku ini juga diletakkan rujukan bagi teks yang diterangkan, justeru sangat sesuai untuk manfaat penyelidik terutamanya dalam Sains Sosial serta Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (DDR). KLIK DI SINI UNTUK INFO LANJUT