CV Biodata

Posted in Najahudin

CV BIODATA - KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD 

Profesor Madya Dr. Najahudin Lateh berasal dari Jitra, Kedah yang dilahirkan pada tahun 1974 dan kini menetap di Shah Alam. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jitra dan kemudian di Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Kodiang. Beliau dianugerah ijazah Sarjana Muda Hadith daripada Universiti al-Azhar (1997), Diploma Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), Sarjana Hadith, Universiti Malaya (2002) dan Doktor Falsafah Pengajian Islam Kontemporari, UiTM (2016). Kini beliau adalah Profesor Madya di Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM dalam bidang hadith, kajian sanad, muamalat dan kewangan Islam serta berkemahiran dalam hartanah Islam dan pemasaran internet. Beliau turut menyandang amanah sebagai ahli Lajnah Tahqiq Hadith, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Lembaga Pengarah Kolej Profesional Baitulmal, ahli Information Retrieval Special Interest Group (SIGIR) Web Hadis UiTM serta penasihat syariah di firma guaman Mohd Anuar & Co dan Srihana Mohamad & Partners. Beliau turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan diamanahkan sebagai Pengerusi Pertubuhan Anggerik Care, Timbalan Pengerusi Yayasan Ilmiah Selangor serta turut mempunyai tauliah mengajar JAIS, Selangor. Karya-karya beliau boleh diakses di laman web: najahudin.net

 

CV BIODATA - KLIK DI SINI UNTUK DOWNLOAD